Friday, February 29, 2008

Manusia tertua di dunia ada di Malaysia?

Berita Harian melaporkan, SPR melalui Setiausahanya mengumumkan seramai 8,666 pengundi yang berumur melebihi 100 tahun keatas layak untuk mengundi dalam PRU kali ini. Pecahan pengundi (org tua-tua) seperti berikut: Sabah (2,096 orang); diikuti Sarawak (1,458); Johor (976); Perak (959); Selangor (549); Pulau Pinang (442); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (367), Kedah (356) dan Wilayah Persekutuan Labuan (46).

lagi berta berkaitan:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20080228233631/Article/index_html

Sambutan luar biasa untuk Dr. Badrulamin

Semalam 28/02 di Bandar Tasik Puteri, Pemikir berpeluang membuat liputan ceramah penerangan secara berkelompok. sambutan orang ramai bagi Pemikir sangat luar biasa. dijangka lebih 500 penduduk sekitar keluar untuk mendengar ceramah penerangan isu-isu semasa yang disampaikan sendiri oleh calon Barisan Rakyat Dr. Badrulamin. Suasana lebih meriah apabila sekumpulan anak muda berbangsa India yang datang secara berkomvoi tiba di situ. laugan Reformasi dan Makkal Sakti bergema. Rata-rata penduduk (majoritinya melayu) sungguh bersemangat (luar biasa). Respond positif dari pendengar jelas inginkan perubahan di Dun Kuang. Bagi Pemikir, harapan untuk menang di Kuang tetap ada.

berita bambar akan menyusul kemudian....

Thursday, February 28, 2008

Huhu.. BN umpan gelang kristal

Ari nie Pemikir balik Rawang lepak umah kakak kat bandar tasik puteri (DUN KUANG). bila sampai je, umah kosong. takde org kt dalam. Pemikir pun try ler call kakak tanya dia pi mana. call punya call dia gelak tak mau abaq dia pi mana. tunggu nanti balik aku cita mana aku pi. bila balik jek terus dia tunjuk gelang kristal warna pink skali ngan kotak warna merah lagi. dia kata kena tipu dengan org Barang Naik. depa suruh pi, konon nk tunjuk cara buat gelang kristal (transport & makan disediakan). blajaq tak sampai 15 minit (lebih kurang kot) lepas tu depa start la kempen dengan propanganda murahan jangan pilih Dr. Badrul Amin sebab dia bukan org Kuang. huhu..alahai...

Dua Wartawan Dibelasah di Perlis

Bharian online melaporkan dua wartawannya dibelasah semasa sedang membuat liputan kempen sebuah parti politik di negeri tersebut. Kedua-dua wartawan tersebut mendakwa dibelasah semasa menjalankan tugas mereka.

lagi berita berkaitan:
http//www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=6995

www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12789&Itemid=28

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080228001819/Article/index_html

Wednesday, February 27, 2008

BN Menang Lagi di Sabah

Utusan online melaporkan Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris menang tanpa bertanding apabila calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohaspa Mohd. Hassan menarik diri petang ini.

Berita penuh sila ke http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Video: Sekitar Penamaan Calon Parlimen Gombak dan Titiwangsa

Untuk melihat video liputan hari penamaan calon bagi Parlimen Gombak dan Titiwangsa sila lihat di koleksi video.

Suasana penamaan calon di Parlimen Gombak

Bertolak dari Rawang seawal pukul 6.30am, Pemikir tiba di pusat penamaan calon bagi parlimen Gombak seawal pukul 7.05am. berlegar-legar mencari port yang sesuai untuk memula langkah. Pemikir sungguh bersemagat memandangkan ini ada peryertaan pertama kali pemikir dalam perarakkan penamaan calon.

Liputan Pemikir bermula di sekitar masjid simpang tiga di mana tempat bermulanya perarakan calon-calon dari Barisan Rakyat. Suasana sungguh warna warni. Pemikir mengangarkan lebih 3000 rakyat mengiringi calon-calon Barisan Rakyat dipimpin oleh Persuruhanjaya PAS negeri Selangor yang juga calon PAS di kerusi DUN Gombak Setia Ybhg. Dato' Dr. Hassan Mohd Ali. Sungguh bersemangat dan berdisiplin. Laungan Takbir dan Reformasi acap kali bergema. Suasana sungguh luar biasa bagi Pemikir yang baru pertama kali menyertai perarakan seperti ini.

Dimulakan dengan membaca doa memohon rahmat dan keberkatan dari yang Maha Esa, perarakan yang dipimpin oleh Persuruhanjaya PAS negeri mengorak langkah tepat pukul 8.45am. Laugan Takbir, Reformasi, Hidup rakyat, Hancur hancur terus bergema. Setengah jam perjalanan perarakan tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kembangsaan Sg. Pusu.

Dengan kawalan rapi pihak keselamatan kedua-dua penyokong dipisahkan lebih kurang 50 meter. Penyokong Barisan Nasional ditempatkan sebelah kanan dan Barisan Rakyat di sebelah kiri dewan. Suasana lebih hebat dan panas dengan kedua-dua penyokong berbalas-balas kata. Dalam suasana ini, Pemikir berpendapat penyokong Barisan Rakyat lebih berdisliplin dan lebih bersemangat.Jika hendak dihitung dari jumlah penyokong pun, Pemikir rasa Barisan Rakyat lebih berdominasi. Slogan-slogan pembakar semagat seperti Takbir, Reformasi, hidup-hidup, hancur-hancur, kaki rasuah , Barang Naik terus bergema hinggakan pihak Barisan Nasional membisu seribu bahasa (kaku tak terkata). Ini mengambarkan pihak BN tidak ada isu langsung untuk dibangkitkan.

15 minit sebelum pengumuman calon-calon yang layak bertanding, para penyokong Barisan Rakyat mengaminkan doa beramai-ramai. Yang menariknya penyokong di pihak BN pun turut sama mengaminkan doa tersebut seolah-olah mereka mengiyakan kehancuran sendiri.

Ternyata bagi Pemikir, gelombang kebangkitan lebih teserlah kali ini. Rata-rata mereka bersemangat untuk bekerja bagi memastikan Parlimen Gombak dan Dun-Dun di bawahnya ditawan dalam PRU kali ini.