Wednesday, February 27, 2008

pilihanraya ke12 bermula... MASA UNTUK BERUBAH

SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 24 feb dan pengundian pada 8 mac 2008. dengan pengumuman tersebut maka terlerailah segala persoalan yg ditunggu2 oleh seluruh rakyat malaysia yg cintakan keadilan, kedamaian, dan kesejahteraan demi menyelamatkan negara tercinta ini dari terus rosak.

kuasa sekarang kembali kepada kita rakyat malaysia. kuasa untuk memilih yg hak dan menolak yg batil. kita sebagai rakyat perlu menggunakan peluang yg terhad ini sebaik mungkin. jadilah rakyat yg cerdik dan bijak dalam memilih dan membuat keputusan. jgn kerana kita disogok dengan kebendaan kita menjadi seperti lembu atau kerbau yg dicucuk hidung yg boleh ditarik ke kiri dan ke kanan sesuka hati.

tunjukkan bertapa cintanya kita kepada negara dengan memilih calon2 atau parti yg berintegriti, amanah, bertanggungjawab, beriman, berakhlak dan dipercayai. jgn kita sia2kn peluang ini begitu sahaja. tanamkan dalam diri kita semangat untuk membebaskan diri dan negara ini dari terus dirosakkan oleh segelintir mereka yg mementingkan diri dan suku sakat terdekat mereka sahaja. negara ini milik kita. kekayaan negara harus dikongsi bersama oleh semua rakyat.

ayuh kita buktikan kepada mereka yg bongkak, takbur,sombong dan angkuh bahawa kita mampu membuat perubahan. perubahan kepada malaysia yg lebih makmur, sejahtera dan berkebajikan. jadilah rakyat yg prihatin dan cintakan negara. 'MASA UNTUK BERUBAH'

No comments: